6 MAC 2013,Rabu-Kelab pengguna telah mengadakan lawatan ke KPDNKK ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat serba sedikit tentang pengetahuan mengenai hak-hak pengguna yang sering tidak diendahkan oleh masyarakat.Selain itu,kami mendapat pelbagai contoh aduan yang sering diadukan di KPDNKK.Malah kami juga mendapat maklumat penggunaan Kad Siswa Satu Malaysia dan Baucar BukuSatuMalaysia.
KELAB PENGGUNA
Tuesday, 19 March 2013
KELAB PENGGUNA PSA
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Kami dari kelab
pengguna Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ingin membincangkan
mengenai pengenalan awal tantang kelab pengguna di bawah khusus ko-
kurikulum Sesi Dis 2013. Para pelajar didedahkan tentang maklumat awal mengenai
hak pengguna dan masalah yang sering timbul dalam kalangan pengguna di Malaysia
yang sesuai dengan slogan kerajaan iaitu 'Satu Suara,Satu pengguna'.
Ahli kelab pengguna juga mendapat
pengetahuan tentang cara-cara pengurusan dalam organisasi yang betul.Antara
kertas kerja yang dilakukan dalam kelab pengguna adalah kaedah penulisan surat
rasmi dan pengurusan sistem fail didalam sesebuah organisasi, pengurusan
mensyuarat, pengelolaan aktiviti dan pengurusan kewangan.
OBJEKTIF KELAB PENGGUNA
- Mendedahkan kepada pelajar tentang hak pengguna yang tidak tahu cara untuk menyalurkan aduan kepada pihak yang sepatutnya seperti KPDNKK
bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan sebaiknya.
dengan perancangan yang tersusun.
PERANAN KELAB PENGGUNA PSA KEPADA KOMUNITI SETEMPAT
- Memberi peluang kepada ahli-ahli kelab memaklumkan tentang aktiviti yang sedang dirancang dan telahpun dilaksanakan serta pencapaian kelab kepada rakan pelajar yang bukan ahli kelab,guru-guru serta masyarakat setempat
- Menyediakan saluran kepada ahli-ahli kelab untuk menyampaikan pandangan dan pengetahuan mereka tentang hak-hak sebagai pengguna kepada masyarakat setempat dan secara tidak langsung memupuk minat dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya hak sebagai pengguna
- Mewujudkan semangat kerjasama dan menjalinkan kemesraan di kalangan ahli kelab dan masyarakat
- Pemangkin menyemarakkan penerapan ilmu-ilmu kepenggunaan kepada masyarakat
- Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini kapada masyarakat setempat
PERANAN TRIBUNAL PENGGUNA
1. Latar Belakang
- Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
- Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
- Merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengendali tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah akta dan tertakluk kepada peruntukkan Akta Perlindungan Pengguna 1999
- Sebelum
penubuhan tribunal ini,segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna
terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah
Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit,kos yang tinggi dan
mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah diantara
sebab-sebab penggguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di mahkamah
terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya
jika amaun yang dituntut adalah kecil,walaupun pada masa ini sudah ada
Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar
tuntutan-tuntutang yang tidak melebihi RM5,000
- Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah,murah dan cepat.
PERANAN KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dahulunya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNHEP yang terkini (2009) ialah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Berikutan daripada perubahan kepimpinan kerajaan Malaysia kepada Dato' Sri Najib Tun Razak pada Mac 2009, semenjak 11 Jun 2009, KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disebabkan oleh sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dimansuhkan, diletakkan di bawah kementerian ini.
KPDNKK mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
- Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
- Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
- Hal ehwal perlindungan pengguna;
- Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, dan rekabentuk perindustrian;
- Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia
- Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Pelesenan urusniaga jualan langsung
- Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
- Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
- Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah
- Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
- Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
PERANAN FOMCA
- FOMCA berusaha untuk mempertingkatkan kuasa beli pengguna ,pembangunan berasakan keperluan yang memastikan keadilan sosio-ekonomi dan alam sekitar bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat.
- FOMCA turut memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa
- FOMCA telah dilantik sebanyak tiga kali menduduki Lembga Pengarah Consumer Intenational (CI) iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengabungkan 225 pertubuhan pengguna dari 119 buah negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)